Kempen MATFA All For Fun 2025 dianjurkan sempena Tahun Melawat Selangor 2025. Kempen ini bertujuan memberi semua para pengunjung diskaun istimewa untuk melawat taman tema dan pusat tarikan milik ahli-ahli MATFA yang terpilih yang terletak di Selangor.
Jangan terlepas peluang mendapatkan tawaran hebat untuk pembelian tiket. Penjualan tiket melalui talian bermula pada 13 Januari 2025 & berakhir pada 22 Februari 2025.
Terma & Syarat
1. Pembatalan dan pemulangan wang tiket adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara taman tema, tarikan keluarga, dan pusat hiburan keluarga yang mengambil bahagian.
2. MATFA berhak untuk mengubah terma & syarat tanpa notis terlebih dahulu.
3. MATFA bukan pembekal perkhidmatan di bawah Kempen VSY 2025. Taman tema, tarikan, dan Pusat Hiburan Keluarga (FEC) bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan perkhidmatan yang baik dan diskaun.
4. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi secara langsung taman tema, tarikan, dan Pusat Hiburan Keluarga (FEC) yang berkaitan atau emel ke adm.matfa@gmail.com.